MySpace Editor

MySpace Backgrounds from MySpace Editor.

Monday, October 17, 2005

Kunci Menjawab Soalan Sains

KUNCI MENJAWAB SOALAN SAINS

1. Cari kata kunci perkataan dalam soalan.
2. Gariskan kata kunci itu.
3. Fahamkan istilah-istilah Sains.
4. Analisa jadual, gambarajah, struktur, hukum-hukum yang diberikan oleh soalan.
5. Ingat semula ujikaji yang pernah dibuat di dalam kelas sebelum ini.
6. Gunakan pengalaman ujikaji dalam kelas untuk menjawab soalan.
7. Fahamkan urutan soalan dengan teliti.
Contoh: penggunaan perkataan 'tindak balas gas', 'aliran arus elektrik' dan sebagainya.

JENIS-JENIS SOALAN
Soalan Objektif

Baca soalan dengan teliti.
-Jangan tumpu pada soalan yang sukar sehingga mengambil masa yang lama.
-Perhatikan dengan teliti gambarajah yang diberi.
-Analisakan perkataan yang dihitamkan seperti 'tidak', 'kecuali'.
Soalan struktur

-Pelajar tidak perlu menjawab dalam bentuk karangan. Jawapan hanya perlu pendek-pendek namun tepat mengikut kehendak soalan.
-Lukis betul-betul bentuk-bentuk yang dikehendaki.
-Fahamkan setiap gambarajah yang diberi kerana ia membawa pemahaman jawapan yang betul.
-Analisa setiap jadual yang diberi.
-Sains amat berkaitan dengan kehidupan pelajar-pelajar. Oleh itu tambahkan pengetahuan dengan membaca surat khabar, majalah kesihatan dan sebagainya.

Soalan esei

-Peka pada markah yang diberi. Jika markah 2 bermakna isinya hanya berkaitan pada soalan itu sahaja. Dengan kata lain, pelajar memberi sedikit huraian sahaja yang membawa kepada maksud.
-Soalan penerangan pula ialah yang meminta pelajar memberi faktor-faktor, huraikan, terangkan, nyatakan dan seumpamanya.
-Kadangkala ada jawapan yang memerlukan pelajar melukis gambarajah bagi menguatkan lagi penerangan pelajar.
-Pelajar juga perlulah mengetahui dengan tepat sesuatu proses yang berlaku.
-Jawapan tidak perlu diulang-ulang.
-Patuhi arahan soalan. Tidak perlu menjawab lebih soalan kerana markah akan diambil daripada dua soalan yang dijawab dengan baik sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home