MySpace Editor

MySpace Backgrounds from MySpace Editor.

Wednesday, September 07, 2005

Duit syiling RM1 ditarik balik daripada edaran

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan hari ini bahawa duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan berkuat kuasa 7 Disember dan akan ditarik balik daripada edaran.

Wang kertas RM1 masih sah diperlakukan dan akan terus berada dalam edaran.

Orang ramai akan diberi tempoh selama tiga bulan mulai 7 September hingga 6 Disember 2005 untuk menukar duit syiling RM1 pada nilai muka tanpa sebarang caj.

Pertukaran duit syiling boleh dibuat di semua cawangan bank perdagangan, cawangan-cawangan utama Bank Simpanan Nasional dan cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut mengenai penarikan balik duit syiling RM1 daripada edaran boleh didapati melalui laman web Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).

Orang ramai boleh juga menghubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia di talian 03-2690-7442/7417.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home